Tuesday 19 April 2011

Pengasuh Anak aku Meninggal Dunia....

Inilah fitrah hidup ini....Tepat kul 12.30mlm tadi aku dapat berita yang Pengasuh anak aku iaitu arwah Mak Ani telah meninggal dunia selepas 4hari koma di wad ICU HKL akibat darah tinggi dan strok. Innnalillah...kepadaNYA kita dtg, dan kepadaNya kita kembali. Ucapan takziah kepada semua ahli keluarga beliau. Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang beriman.

Aku sedih sgt bila terkenangkan arwah. Walaupon baru sebulan lebih dia menjaga anak2ku...tetapi jasanya tetap akan aku kenang, yerlah...aku paham bukan senang nak jaga anak aku...tetapi arwah cukup baik.

Aku suka sgt dgn sikap arwah yg baik hati, selalu tersenyum dan peramah. Anak2 aku cukup suka dgn arwah mak ani. Mlm2 tdo pon mengigau sebut2 nama 'Mak Ani'.  Aku akan kenang sampai bila2 jasanya menjaga anak aku dgn baik, memandikan anak aku, pakaikan baju anak aku, tidokan diorang, suapkan makan, bagi minum....tp tuhan lebih sayangkannya.
Aku melihat kehidupannya yang serba sederhana. Manakala suaminya pula mengidap sakit buah pinggang. Aku terfikir, siapalah yg akan jaga suaminya nanti? Mungkin anak2nya la kan....?
Wasalam

p/s: Mood harini: Silent. Muhasabah diri

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.