Wednesday 23 March 2011

Hari Ini dalam sejarah

Alhamdulillah...hari ini dalam sejarah bisnes ebay aku, order untuk brg2 dropship mencecah 85 item sehari. Supplier aku suke giler la tuh bila ai bayar dia usd872 hari nih. Aku sendiri pon telan airliur..kuasa lelongan memang power. Fuh....walaupon quantity nampak bnyk, tp kerja2 membungkus, mengepos, aku x perlu buat. Walau ape pon. Syukran...rezeki dariNYA.

p/s: Nak belajar Ebay? dapatkan ebook di bawah:
https://shopee.com.my/E-book-Panduan-Lengkap-Jual-Produk-dan-Dropship-di-ebay.com-Support-Selepas-Jualan-BONUS-7-EBOOK-i.161350119.2415316589

Tuesday 22 March 2011

Apa itu Paypal? Macam mana nak register?

Apa itu PayPal?

PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita. Paypal ni juga di gunakan sepenuhnya oleh ebay sebagai transaksi jual beli. So kalo korang nak menjual di ebay, kena la register.
Macam mana nak register atau daftar?
1. Daftar kat www.paypal.com. Klik Sign Up now
2. Pilih negara (country Malaysia) dan klik Start Now dibahagian Premier
3. Isi borang dan pastkan maklumat yang diisi betul. Bagi bahagian Primary Currency kekalkan dalam US Dollar. (currency boleh manage kemudian, kalo korang nak jual kat country lain) Setelah lengkap, klik Sign Up.

Cth screenshoot Paypal : Click images to enlarge

4. Isikan maklumat kad debit atau kad kredit. Jika tiada kad kredit, batalkan (cancel) dan isi kemudian bila korang dh ada kad kredit.
5. Lihat kat emel yang telah dihantar dan klik link yang diberikan pada emel untuk aktifkan akaun paypal.
6. Buka emel dan akaun paypal. Kat emel ada link yang diberikan dan klik link tersebut.

7. Pada laman web paypal, www.paypal.com masukkan password dan klik confirm.
8. Sahkan emel dan klik Continue .

9. Akan tertera di situ akaun anda masih belum verify. Untuk verifykan paypal anda, anda mesti mendapatkan expuse number 4 digit dari debitcard atau credit card yg telah anda daftar tadi. Ianya mengambil masa 3-4 hari untuk kita dapatkan no itu.

10. Selepas 3-4 hari, hubungi bank yang korang register DB/CC tadi dan minta expuse number tu, kalo staff bank tu x paham, katakan last transaction dia ada no 4 digit atau tidak.( Ada sesetengah bank, cthnya maybank, korang leh check expuse secara online, maybank2u jew)

11. Selepas anda mendapat expuse number, confirmkan debit card atau credit card anda pada link sebelah kanan paypal anda. Kemudian kad anda di sahkan. So anda boleh lah linkkan ke akaun ebay anda. Selamat menjual. :)

Cth screenshoot transaksi in/out paypal:

P/S: Korang jgn jeles lak key, jadikan lah ini sebagai inspirasi korang untuk berjaya key. Anda pun boleh. Think positive! Semoga Berjaya.


Monday 21 March 2011

Antara Kos2 yg Perlu Di Tanggung Penjual Ebay adalah..

Seperti yang kita sedia maklum, Ebay.com adalah salah satu medan terbesar untuk kita pasarkan product kita ke seluruh dunia. Disebabkan pakcik ebay ni dh popular dan mempunyai berjuta pembeli, so yuran yg di kenakan sekarang ini agak mahal. ( Melampau sebenarnya).

Sebenarnya bnyk lg alternatif website lain yg popular masa kini, but ai ceritakan ebay.com dulu ya. Antara kos2 yg korang perlu ambl kira sebelum memulakan ebay ialah:



1. Fee Credit Card - lebih kurang RM45 atau RM70 setahun - untuk register paypal
 

2. Fee Ebay store malaysia - RM15 sebulan

3. Fee Selling manager pro - RM12 sebulan -( perlu ambik ni untuk memudahkan korang guna automation
 

4. Listing Fee per item - depending on price -ikut fees cart

5. Final value Fee per item - depending on price, 5% for ebay Australia dan 12% untuk ebay Unites States
 

6. Paypal Fee per item - usd3.90+30cent

7. Withdrawal Fee - Jika withdraw ke Debit Card korang - usd7

8. Withdrawal Fee - Jika withdraw ke bank acc - usd4 (jika withdraw kurang dari RM400)

9. Modal pusingan-  bergantung pada kos barang dan juga quantity barangan yg di jual dalam masa sebulan, semakin besar kos barangan, semakin besar modalnya, dan jika semakin bnyk barangan yg di jual dalam sebulan maka lgi besarlah modalnya.

Terkejut x bila korang tengok, betapa bnyknye yuran yg di kenakan kepada penjual. Walaumacam mcm mana sekalipun, masih banyak lg website2 yg alternatif selain ebay.com. Nanti kalo ade masa free ai terangkan website2 yg lain pulak. ok?

Hikayat Merong Mahawangsa best ker?

Minggu lepas, ai bersama family sama2 tgk citer ni. Ok la bagi aku...dari 5star aku kasi 4star. cume En.Laki aku x berapa suke lak citer nih. Apa2 pon Tahniah pada En.Yusry dan kru2 yg terlibat. Semoga menjadi lebih hebat pd masa akan dtg.

Bila sebut nama En. Yusry ni ai teringat masa ai bujang2 dulu, ai bersama kawan2 sebilik di ampang, suke call dia, tp tabik ngan Yusry coz very sporting...xde marah2 kitorang yg nakal mase tu...suke usik2 dia. Ntah mane la kawan ai tu dpt no phone dia...huahuahua....

Ini jam...ai rasa no hp dia dh lame tukar kot...huhuhu

Friday 18 March 2011

Positive feedback dari buyer setakat ini?

Feedback/DSR ni sangat penting kepada ebay seller, polisi ini boleh menyebabkan account korang suspended / Block jika tidak menjaga reputasi.

Kepada newbie2 yang x sure, apa itu feedback, feedback tu maksudnya maklumbalas yg kita terima selepas jualan. So ringkasnya, kalo customer tu berpuas hati dgn khidmat kita sbg penjual, so diorg akan komen positive pada ruangan yg di sediakan oleh pakcik ebay, untuk di paparkan kepada umum. Tp jika diorg tidak berpuashati dgn khidmat,atau barangan, maka dengan secara hormatnya kita akan dapat negative feedback oleh buyer.

Seperti yg kta sedia maklum, ebay sgt mementingkan kepuasan hati pembeli, so kadangkala penjual tersepit jugak dengan polisi atau udang2 yang di buat pakcik ebay ni.

Walau mcm mna sekalipon, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kita, btol  x?

Ada beberapa perkara yg penting utk jaga kepuasan pelanggan adalah:

  • Penerangan item yg tepat
  • Komunikasi yang baik atau erti kata lain professional
  • Penghantaran yg cepat
  • Kos yang berpatutan
  view feedback Akaun ebay 1


 view feedback Akaun ebay 2

Bagaimana nak menukar Negative feedback dari buyer kepada positive?
Sambungannya minggu depan...huhu, ai cuti

Thursday 17 March 2011

Makeover Dior Me and My bestfriend

Setelah penat bekerja, macam biasalah, me ngan mybestfriend Iena (Bukan nama sebenar) gi release tension kat satu tempat ni. Midvalley. Pastu ntah ape angin aku lak semalam nak buat makeover lak product Dior. Dior je yg yang kulit ai sesuai, Kalau pakai MAC kulit ai x sesuai kot.... Kulit muka aku ni x sesuai pakai product mahal2, last2 facial wash aku pakai safi balqis jew...ade aku kesah? hehe


Biasa jew mamat patah tu make up, xde la tebal sgt...ni gambar aku yg x pandai pose..huhu


 this is my friend, Iena(bukan nama sebenar)...hehe, amacam? cun x? sorry eh, dia dh ada yg punya...^_^

Tuesday 15 March 2011

Apa Itu Dropshipping? Apa Kelebihannya?

Drop shipping adalah jenis jualan di mana penjual tidak menyimpan stok, tetapi jika ada tempahan, penjual tu akan menempah barang tersebut dari supplier(dropshipper). yang kemudiannya dropshipper tu lah yang akan menghantar produk tu terus kepada pembeli.  

Para penjual mendapat keuntungan pada perbezaan antara harga borong dan harga runcit. Banyak penjual di eBay menggunakan perkhidmatan dropshipping ni.

Kelebihan yang aku suke bila guna teknik dropshipping adalah:

 Click images to enlarge
  • tak perlu simpan stock-  ai x yah simpan stock bnyk2 kat umah,  walaupon jual bermacam2 barang, tp umah ai bersih ajer, xde sepah2

  • tak perlu sewa kedai/stor - ni aku lg suke, pasal, xde komitmen tiap bulan nak kena sewa stor untuk letak barang yg banyak, barang jualan semua supplier yg keep

  • tak perlu membungkus-  ai boleh jimat masa, kerja2 bungkus supplier buat juga, lepas hantar order kepada supplier(dropshipper), ai boleh la buat kerja umah, atau ambil anak..hehe
  •  
  • tak perlu mengepos -  ni satu lg hal..kalo pej pos kite ni cekap xpe, ni asyik kehabisan slip tracking ler, stamp ler, ade ke patut? hehe,

  • boleh tingkatkan volume jualan-  ni ai paling suke, bila kita dh ada supplier, kita boleh jual sebanyak mana quantitynya, tanpa limit sebb kita x perlu risau tentang modal. maksudnya, apabila ada terjual, baru kita order dari dropshipper, so bila tak terjual, stock xkan berlapuk dirumah.

  • Namun ai x nafikan, masih ramai yg meyukai transaksi jualan secara tradisional. Makudnya, bukan secara dropshipping, ianya x salah, dan mempunyai kekuatan tersendiri. namun terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih cara perniagaan mereka, basicnya sama saje, mugo orghe nego keh? selamat berniaga!

Monday 14 March 2011

Country mane yg perlu ai block bila listing di ebay?

 Salam kawan2ku yang bijak di luar sana. Ni ai bagi tips untuk korang listing barang di ebay. Menjual barang secara online di seluruh pelusuk dunia ni ada bermacam2 masalah yg kita x jangka boleh timbul.

Seperti yang kita tahu, delivery untuk sampai barang ke pintu rumah pengguna mengambil masa 2-3 minggu, so dalam masa tu, risiko barang hilang, barang tersalah hantar, rosak atau di curi mungkin akan timbul. Percentage berlakunya masalah2 begini saya jangkakan dalm 30% sahaja. Saya sebagai penjual ebay tegar berani mengambil risiko ini, dh memang nama peniaga kan, basic BERANI MENGAMBIL RISIKO ni perkara biasa kan?

Selain daripada itu, masalah kastam yg ketat di sesetegah negara juga menjadi masalah kepada kita sebagai penjual. Untuk mengelakkan terjadinya masalah2 di atas, selalunya saya akan block negara2 yg mempunyai masalah itu.

Antara negara2 yg ai block terlebih dahulu sebelum submit listing adalah, ....

 (jika guna INTERNATIONAL AIRMAIL atau REGISTERED AIRMAIL)
  1. Bosnia and Herzegovina
  2. France, 
  3. Germany,
  4. Italy, 
  5. Spain,
  6. Argentina, 
  7. Brazil, 
  8. Chile, 
  9. Ecuador, 
  10. Paraguay, 
  11. Peru, 
  12. Uruguay, 
  13. Venezuela, 
  14. Israel, 
  15. Canada, 
  16. Mexico,
Walaubagaimanapon, jika anda menggunakan Express Mail Currier(EMS), risiko kepada terjadinya masalah2 di atas adalah kurang, Cuma yang pasti, jika barang yang anda hantar dari negara Malaysia, negara yg wajib anda block ialah negara Israel, kerana our postal services  memang x post barang ke Israel. Harap maklum.

Macam mana nak register kat ebay

Pergi ke : www.ebay.com.my
Click images to enlarge


Ai baru siap order barang ebay untuk customer hari ni, total semuanya 102 item. Ambik u..Selalunya sale untuk isnin memang bnyk mcm ni coz campur sale sabtu dan ahad. Biasanya kalo weekdays sehari sold 40 item je. eh, ade korang kesah ke? Sekarang ni ai luangkan mase skit nak bagi tips kat korang sume. first, Macam mana nak register akaun kat ebay.
  1. masuk ebay.com.my, click register
  2. daftarla email, name penuh korang, alamat,birthday, no telefon,  secret questions, paling penting, semuanya adalah benar. tidak di benarkan sama sekali korang mengubah ape2 yg dh di submit, sekiranya korang degil jugak, alamatnye akaun yg korang create tu akan jadi arwah. (Suspended). so hati2 ye.
  3. untuk activate, click ler email yg diberi kat email korang, dh siap. senang jer kan?
Kalo korang nak register sebagai pembeli di Malaysia, x perlulah korang register paypal akaun. Tp kalo korang nak jadi penjual, mesti kena ada paypal akaun baru la boleh menjual barang di ebay tuh.
Sat gi saya terangkan mcm ne nak register paypal lak. Itupon kalu ai rajin.

Baby sitter baru?

Arini hari pertama my two princess kena hantar kat baby sitter yang baru. Sebelum ni, aku ade maid indon, tp dh xnak pakai lagi, serik. Pastu aku hantar ke nurseri berdekatan. Masalah lain lak timbul, anak yang sulung sakit telinga, dr pakar Esa rejab kata, telinga dia berlubang disebbkan oleh masuk air bila swimming. Terkena jangkitan. So, aku risau sangat...dr suggest supaya dia di jaga dengan rapi, mandi jgn dengan air sejuk, elakkan selsema dan batuk, supaya telinga bernanah tak berulang. dan tidak di galakkan hantar ke Nursery coz lg senang kena jangkitan selsema pasal bebudak terlalu ramai. Aku ikut cakap dr tu.

Aku ngan En.Laki aku pon cube la cari baby sitter yg ada dekat umah aku, semua penuh...tp nasib baik ade akak jual goreng pisang ni suggest kat aku sorang akak ni, nama dia Julie... muda lg, umur dia baru 30an, cantik orangnya, lemah lembut, slim dan putih, biasalah mek kelate...hehehe
 Harap2 kali ni dia serasi dengan baby sitter tu...anak2 kak julie pon baik2, ade 2 org  girl umur 5thn, okla tu...boleh awan ngan anak aku...hehe

Biasanya tiap hari aku hantar dia ke sekolah dlm kul 8pagi, then ambil dia balik sekolah dalam kul 11.30pagi, then trus hantar ke baby sitter tu. Kalau aku x busy, biasanya dlm kul 3 aku dtg ambik, kalo aku busy ngan order, terutamanya hari Isnin dan Selasa, kul 6.30 baru aku ambil.

Kadang2 rasa rindu meluap kat anak, aku ambil diorg lebih awal...muahhhh rindu dia...

Inilah juga salah satu sebb kenapa aku lebih suka bekerja sendiri, bukan makan gaji..sebb utama adalah kerana aku lebih bnyk masa dapat di luangkan bersama anak2....
Kalao dulu, kul 7pagi keluar rumah, malam baru balik tgk anak, kul 8 baru balik...kesian kat anak2...tp sejak bisnes ebay, aku la kuli dan aku lah boss.

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang ini, untuk aku meneruskan hidup dengan selesa, tanpa paksaan dari sesiapa terumata Boss!

Kenapa ai rekomen ebay?

Kenapa ai rekomenkan ebay kat you all ni sebagai salah satu saluran untuk kita pasarkan product?
  1. Mengikut kajian, ebay.com mendapat ranking ke 3 terbesar di dunia dan mempunyai jutaan pembeli di serata dunia. So x hairanlah kenapa aku berhati kering, berusaha sedaya upaya untuk mendapat kedai online di ebay.com. Walaupon undang2 atau polisi ebay agak ketat dan menyukarkan penjual2 di serata dunia, tp jika kita berusaha dan komited, insyaalah pasti berjaya.
  2. kedua, duit yang kita dapat adalah dlm usd/aud, so bila convert /darab dengan 3 kali kan? besar ke kecik tu? So let say barang yg kita jual usd20, so bila convert dalam RM akan jadi RM60 kan. Gandaan currency tu lah yang menarik.
  3. ketiga, x perlu eye to eyes dengan customer. Maklum jer lah, ai ni muka xde la cun sgt...kadang2 tu bila bad mood muka masam mencuka.
  4. kelebihan lain pulak, sebb bila customer tanya soalan, ai sempat nak fikir jawapan yg terbaik nak jawab. Ayat power habis, agar customer puas hati dengan perkhidmatan kita, walaupon kadang2 diorg ni mengada2. maklmlah bnyk duit...hehehe!
  5. Sebenarnya bnyk lg kelebihannya, bila anda dh menjual anda sendiri akan ketagihkan dan xnak stop menjual.

Selama 3 tahun saya menjual secara online di ebay, pada mulanya agak payah sangat. Macam2 perkara yang kita x sangka boleh berlaku, contohnya yg menjadi masalah utama penjual2 baru adalah akaun di suspend pihak ebay. Perkara begini selalu terjadi bila kita kurang pengetahuan tentang polisi di ebay. so kat sini saya akan tolong korang, so korang x perlu alami benda yg aku dh alami.ok?

Sunday 13 March 2011

Welcome my dear friends...

Assalamualaikum. Blog ni aku create untuk share pengalaman aku dalam bisnes internet nih sejak tahun 2008...cewah terutama ebay. Banyak tips2 yang bermanfaat berdasarkan dari pengalaman saya akan di kongsikan disini. Moga dapat menolong kawan2 sume yang ingin succes sebagai ebay seller atau internet bisnes. Kalo aku mengarut kat sini, suke ti aku la yea...ade ke org baca blog aku nih? ade aku kesah?hehe

Saturday 12 March 2011

Sajer nak citer

Cuti sekolah ni aku busy la sikit ngan anak2 tersayang...dan x lupe suami tercinta...cinta ker, ntah lah. Semalam dh bawak anak2 gi jln2 kat tesco selayang, layan bebudak ni main kete mainan. Arini x tau lah lg nak pi mana, mungkin balik kg kot. Lenkali bila aku senang aku citer la sikit tentang ebay. ok kawan? wasalam.

Friday 11 March 2011

Mula la aku...

Entah ape angin aku arini nak bukak blog baru..padahal aku ni busy manjang dengan bisnes ebay aku tuh, dengan anak kecik2 lagi. Blog ni aku create untuk share pengalaman aku dalam bisnes internet nih sejak tahun 2008...cewah terutama ebay. Moga dapat menolong kawan2 sume. Kalo aku mengarut kat sini, suke ti aku la yea...ade ke org baca blog aku nih? ade aku kesah?hehe