Monday 14 March 2011

Kenapa ai rekomen ebay?

Kenapa ai rekomenkan ebay kat you all ni sebagai salah satu saluran untuk kita pasarkan product?
  1. Mengikut kajian, ebay.com mendapat ranking ke 3 terbesar di dunia dan mempunyai jutaan pembeli di serata dunia. So x hairanlah kenapa aku berhati kering, berusaha sedaya upaya untuk mendapat kedai online di ebay.com. Walaupon undang2 atau polisi ebay agak ketat dan menyukarkan penjual2 di serata dunia, tp jika kita berusaha dan komited, insyaalah pasti berjaya.
  2. kedua, duit yang kita dapat adalah dlm usd/aud, so bila convert /darab dengan 3 kali kan? besar ke kecik tu? So let say barang yg kita jual usd20, so bila convert dalam RM akan jadi RM60 kan. Gandaan currency tu lah yang menarik.
  3. ketiga, x perlu eye to eyes dengan customer. Maklum jer lah, ai ni muka xde la cun sgt...kadang2 tu bila bad mood muka masam mencuka.
  4. kelebihan lain pulak, sebb bila customer tanya soalan, ai sempat nak fikir jawapan yg terbaik nak jawab. Ayat power habis, agar customer puas hati dengan perkhidmatan kita, walaupon kadang2 diorg ni mengada2. maklmlah bnyk duit...hehehe!
  5. Sebenarnya bnyk lg kelebihannya, bila anda dh menjual anda sendiri akan ketagihkan dan xnak stop menjual.

Selama 3 tahun saya menjual secara online di ebay, pada mulanya agak payah sangat. Macam2 perkara yang kita x sangka boleh berlaku, contohnya yg menjadi masalah utama penjual2 baru adalah akaun di suspend pihak ebay. Perkara begini selalu terjadi bila kita kurang pengetahuan tentang polisi di ebay. so kat sini saya akan tolong korang, so korang x perlu alami benda yg aku dh alami.ok?

2 comments:

  1. Boleh Saya Tanya Jika Ebay Suspend Account Ia Akan Ambil Masa Berapa Lama Untuk Buka Balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok jenis suspended sebab apa, kalau dia cakap temporary maknanya sementara, bole contact ebay utk tindakan lanjut, kalau permanent maknanya selama-lama nya suspend.

      Delete