Tuesday 22 March 2011

Apa itu Paypal? Macam mana nak register?

Apa itu PayPal?

PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita. Paypal ni juga di gunakan sepenuhnya oleh ebay sebagai transaksi jual beli. So kalo korang nak menjual di ebay, kena la register.
Macam mana nak register atau daftar?
1. Daftar kat www.paypal.com. Klik Sign Up now
2. Pilih negara (country Malaysia) dan klik Start Now dibahagian Premier
3. Isi borang dan pastkan maklumat yang diisi betul. Bagi bahagian Primary Currency kekalkan dalam US Dollar. (currency boleh manage kemudian, kalo korang nak jual kat country lain) Setelah lengkap, klik Sign Up.

Cth screenshoot Paypal : Click images to enlarge

4. Isikan maklumat kad debit atau kad kredit. Jika tiada kad kredit, batalkan (cancel) dan isi kemudian bila korang dh ada kad kredit.
5. Lihat kat emel yang telah dihantar dan klik link yang diberikan pada emel untuk aktifkan akaun paypal.
6. Buka emel dan akaun paypal. Kat emel ada link yang diberikan dan klik link tersebut.

7. Pada laman web paypal, www.paypal.com masukkan password dan klik confirm.
8. Sahkan emel dan klik Continue .

9. Akan tertera di situ akaun anda masih belum verify. Untuk verifykan paypal anda, anda mesti mendapatkan expuse number 4 digit dari debitcard atau credit card yg telah anda daftar tadi. Ianya mengambil masa 3-4 hari untuk kita dapatkan no itu.

10. Selepas 3-4 hari, hubungi bank yang korang register DB/CC tadi dan minta expuse number tu, kalo staff bank tu x paham, katakan last transaction dia ada no 4 digit atau tidak.( Ada sesetengah bank, cthnya maybank, korang leh check expuse secara online, maybank2u jew)

11. Selepas anda mendapat expuse number, confirmkan debit card atau credit card anda pada link sebelah kanan paypal anda. Kemudian kad anda di sahkan. So anda boleh lah linkkan ke akaun ebay anda. Selamat menjual. :)

Cth screenshoot transaksi in/out paypal:

P/S: Korang jgn jeles lak key, jadikan lah ini sebagai inspirasi korang untuk berjaya key. Anda pun boleh. Think positive! Semoga Berjaya.


1 comment:

  1. cam ne yang doig do jual paypall tu bro?

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.